Get Flower Effect

21 May 2009

Kasih Seorang Bapa

Hujan semakin lebat, angin bertiup kencang, dilangit kilatan petir memanah ke bumi. Seorang bapa dan anak perempuannya basah kuyup menuju ke arah sebuah jambatan. Hari telah lewat, mereka perlu pulang segera sebelum langit menjadi gelap...

Si bapa melihat air sungai yang deras dan ganas. Kemudian dia memandang ke arah jambatan kayu di hadapannya. Biarpun beberapa batang kayu pada jambatan itu telah kopak dan reput, mereka perlu melintasinya..tiada jalan lain lagi..

Si bapa memandang anak perempuannya yang menggigil kesejukan. "sayang..." kata si bapa, "pegang tangan ayah kuat-kuat" jawab si anak, "tak mahu!, ayah yang kena pegang tangan saye kuat-kuat.." Si bapa terdiam. "Ah...sama aja tu.." "tak sama, ayah.." jawab si anak, "kalau saya pegang tangan ayah dan terjadi apa-apa pada saya, saya mungkin akan terlepas tangan ayah, tapi kalau ayah yang pegang, saya tau walau ape pun yang terjadi, ayah takkan lepaskan tangan saya"

1 comment: