Get Flower Effect

12 May 2009

CiNtA SiHAt

Setiap perhubungan yang terjalin memerlukan tapak yang kuat untuk bertahan lebih lama. Apatah lagi jika kita inginkan hubungan tersebut berakhir dengan ikatan yang lebih kukuh. di sini ada beberapa rahsia untuk menuju ke cinta sejati, kalau nak tahu, jom semak tips berikut :


  1. Cintai diri sendiri
- percaya pada diri s endiri amat penting untuk perhubungan yang sihat. jika ka m u benar-benar menyintai di ri sendiri, secara automatik kamu akan percaya kepada diri walaup un pada saat itu kamu dihadapkan dengan pelbagai ujian atau rasa sakit hati!bahkan jika kamu rasa yakin dan optimis dengan diri sendiri. situasi ini juga akan membawa kamu ke jalan yang lebih tenang dalam mengharungi liku-liku hidup bersama si dia. kamu bersamanya bukan untuk menjadikan dia sebagai sandaran, sebaliknya bagi melengkapkan kehidupan kamu di alam remaja.



2. Menyayangi Si Dia

- Perhubungan yang sihat terjalin diantara dua insan yang menyukai antara satu sama lain. semuanya akan jadi lebih indah jika ia disulami dengan rasa cinta. tapi kamu perlu ingat, bahawa cinta itu adalah emosional yang boleh datang dan pergi begitu saja. jika kamu saling menyukai antara satu sama lain, selesa bersama, banyak keserasian dalam berfikir dan sebagainya, maka perasaan cinta yang hadir itu akan jadi lebih mendalam. penting bagi kamu untuk mengucapkan kalimat cinta pada si dia. kata2 yang romantik penuh penghargaan serta dorongan kuat untuk si dia berjaya dalam hidup atau pelajaran akan menghangatkan lagi perasaan sayang si dia terhadap kamu.


3. Luangkan Waktu Bersama
Ciptakan satu waktu yang berkualiti, meskipun sibuk dengan pelajaran, luangkan sedikit waktu untuk bersama si dia. komunikasi yang baik merupakan kunci untuk perhubungan yang sihat. tambahan pula berbicara itu merupakan cara yang paling mujarab untuk mengungkapkan rahsia hati. komunikasi yang baik adalah belajar bersikap terbuka dan jujur. ucapkan apa yang ada dalam fikiran dan juga perasaan kamu. selain itu, belajar juga untuk mendengar penjelasan si dia terlebih dahulu dan elakkan daripada menuduh tanpa usul periksa.


4. Berdebat Secara Sihat
- Kamu yang selalu berdebat jangan bimbang, jika selalu tidak berpendapat. pertengkaran yang baik adalah kesempatan untuk berkongsi perasaan demi mnguatkan lagi benteng pertahanan dalam perhubungan. untuk itu pasangan perlu mengambil satu keputusan yang tepat demi kepentingan bersama. ini akan memberikan kekuatan dalam perhubungan, biarpun dalam perhubungan ada pasang surutnya, tapi pastikan kasih sayang antara kamu berdua tetap tidak berubah.


5. Terima Perubahan
- Setiap orang pasti akan berubah pada setiap tahun dan perubahan ini akan membuatkan perhubungan tersebut terus hidup. disebabkan hidup juga akan berubah, adakalanya ia tidak sesuai dengan keinginan ataupun kehendak kita. perubahan ini juga boleh membuka peluang atau persahabatan baru yang boleh menimbulkan rasa sakit hati. dalam sebuah perhubungan yang sukses, kamu harus belajar untuk beradaptasi dan berubah bersama. kamu perlu menerima perubahan dan saling menyokong diantara satu sama lain. terimalah kelebihan dan kekurangan diri masing-masing dengan hati yang lebih terbuka.


untuk sape2 yang tengah bercinta elok sgtla bace ni..tp yang tak bercinta pon bole bace jugak...



sumber dari majalah yezz

2 comments:

  1. Terima kasih kerana posting ini. Boleh dijadikan rujukan untuk perhubungan cinta yang lebih sehat....

    P/S: Pasangan Cik Yaya tak mengamalkan cinta sehat? Kalau tidak, takut nanti dia mengumpul PAUTAN CINTA?!

    ReplyDelete
  2. same2 oldtechie...
    eh... msti la kena amalkan...hahahaha..

    ReplyDelete