Get Flower Effect

20 March 2009

Munajat Cinta..

sambungan dari http://pinkynie.blogspot.com/



Ya Allah...
Jika Kau Jatuh Hati Pada KekasihMu
Jangan Biarkan Aku Tertatih
Dan Terjatuh Dalam Perjalanan Panjang
Menyeru Manusia Kepada Mu....


Ya Allah...
Jika Kau Halalkan Aku Merindui Kekasih Mu
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas
Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki
Dan Rindu Abadi Hanya Kepada Mu....


Ya Allah...
Engkau Mengetahui Bahawa
Hati-Hati Ini Telah Berhimpun Dalam Cinta Pada MU
Telah Berjumpa Pada Taat Mu
Telah Bersatu Dalam Dakwah Pada Mu
Telah Berpadu Dalam Membina Syariat Mu
Kukuhkanlah Ya Allah Ikatannya
Kekalkanlah Cintanya
Tunjukkanlah Jalan-Jalannya
Penuhilah Hati-Hati Ini Dengan Nur Mu
Yang Tiada Pernah Pudar
Lapangkanlah Dada-Dada Kami
Dengan Limpahan Keimanan Kepada Mu
Dan Keindahan Bertawakkal
Di Jalan Mu....


No comments:

Post a Comment