Get Flower Effect

19 March 2009

Mulakanlah Dengan Bismillah...


....KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH....


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan...


Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu, sentiasa didahului dengan Bismillah..Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan suaminya itu sentiasa memperolok-olokkan isterinya itu..

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah...kejap-kejap Bismillah.."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Pada suatu hari suaminya berkata : " Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu. "



Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "simpan duit ini". Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yang selamat. Disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya itu. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit tersebut ke dalam perigi di belakang rumahnya.




Setelah beberapa hari kemudian, suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."



Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit tersebut dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat menyimpan duit itu, lalu isterinye membuka dengan membaca, 'Bismillahirrahmanirrahiim." Dan ketika itu Allah S.W.T. mengutuskan Malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dan die merasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.


Selamat Membace...



Artikel ini saya perolehi dari Risalah Jumaat, Asrama puteri Ungku Mohsin.....

No comments:

Post a Comment