Get Flower Effect

24 March 2009

Insan Yang Bergelar Perempuan..

PEREMPUAN
KELAPA? @ MUTIARA?


Apabila Kamu Berkawan Dengan Lelaki

Ingatlah Bahawa Ada Dua Pilihan Terbentang


Yang Pertama :
Kamu Jadi Seperti Kelapa..
Mudah Diperolehi..Diparut..Diperah..
Dan Diambil Santannya..
Lepas Itu Hampasnya Dibuang..



Yang Kedua :
Kamu Menjadi Sebutir Mutiara..
Berada Di Dasar Lautan..Tersimpan Rapi..
Dilindungi Kulit..Bukan Senang Nak Melihat..
Apa Lagi Untuk Mendapatkannya..
Hanya Orang Yang Bertuah..
Yang Berusaha Menyelami Ke Dasar Lautan ..
Dapat Memperolehinya..

Harganya Mahal Sekali..
Dan Ia Akan Tersimpan Selamanya..



JADI, KAMU PILIHLAH SAMADA HENDAK MENJADI KELAPA? @ MUTIARA?



Disebalik Santan..Menjadi Penyedap Makanan..
Diperah Segala Kenikmatan..
Dengan Mudah Jatuh Menjadi Titisan..
Akhirnya Habis Kari Dimakan..
Pulut Panggang Sisa Habis Di Telan..
Dan Santan Hilang Tak Menjadi Ingatan..
Kerana Yang Terasa Lazat Hanyalah
Kari & Pulut Panggang..
Orang Tak Kenag Jasa Santan...



Mutiara...
Tertanam Di Dasar Yang Paling Dalam..

Sukar Andai Mengharap Jadi Perhatian..
Kerana Dilapisi Kulit Yang Keras..
Menghadang...Namun Sekiranya Ditemui Insan..
Akan Menjadi Permata Hiasan..
Terletak Tinggi Di Cincin Idaman..
Atau Di Leher Nan Jinjang..
Atau Di Lengan Menawan..
Makin Lama Mutiara Tertanam..
Makin Tinggi Nilaiannya..



OLEH ITU, TENTUKANLAH YANG MANA PILIHAN ANDA SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN..


Menjadi Santan...
Mudah Jadi Perhatian..

Tapi Hanya Sebentar Menjadi Santapan..

Kemudian Hilang Segala Nikmat Dan Pujian..


Menjadi Mutiara..

Sukar Di Temukan..
Namun Bila Di Hias Indah Gadis Perawan..
Hilang ia..Tangisan Mengiringi Zaman....


fikir-fikirkanlah....

1 comment:

  1. kata-kata yang amat mendalam.marilah kite merenung dan selamat beramal

    ReplyDelete